Tu quoque

Tu quoque (dalam bahasa Latin; "kamu juga") ialah sejenis falasi tidak formal yang dilakukan untuk membatalkan hujah lawan dengan menegaskan bahwa penghujah lawan gagal bertindak sesuai dengan apa yang dia cuba sampaikan. Tu quoque dianggap sebagai falasi memandangkan perwatakan moral atau tindakan masa lampau penghujah lawan tidak relevan dengan logik suatu hujah.[1] Taktik ini sering digunakan sebagai "hering merah" untuk mengalihkan subjek perbincangan dan juga dapat dianggap sebagai falasi ad hominem kerana menyerang peribadi penghujah berbanding topik dibincangkan.[2] Satu lagi contoh moden terkait yang masyhur ialah whataboutism ("bagaimana pula dengan...").Falasi Tu quoque mengikuti pola berikut:Contohnya adalahContoh lain, lazimnya dalam arena politik internasional ialah negara A telah melakukan kejahatan perang, lalu ketika negara B mengkritiknya, negara A akan mengatakan bahwa negara B juga pernah melakukan hal yang sama 50 tahun yang lalu.Teknik tu quoque juga berlaku di luar perbincangan, yakni dengan mengandaikan bahawa "pihak lain juga berbuat sama." Sebagai contoh, seorang penyokong ahli politik A yang melakukan satu kesalahan, memberi kewajaran secara tu quotue seperti di bawah:Dalam situasi ini, "orang B" ialah "ahli politik lain" secara am.